BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

Kesunyian...

Ya ALLAH...
Aku sering kesunyian..
sedangkan ku punya ramai teman..

Namun...
Sejak akhir2 ini..
jiwaku sering diundang pelbagai persoalan dan keinginan..
Lantaran kesepian ini..
sedihnya diri ini bila melihat siapa diriku ini...
Di saat orang lain bergembira dengan kehidupan mereka..
Di saat orang lain bergembira dengan kesilapan mereka...
Di saat orang lain bergembira dengan kejayaan merea...
Di saat orang lain bergembira dengan Ramadhan...

Aku...
Aku membawa satu beban di jiwa..
Bermula dari kesunyian...
Bermulalah kesedihan...
Di situlah bermula pencarian...
Ku redha selagi mana ku bernafas...
Ku sabar selagi mana aku diberi peluang untuk berusaha...
Kerna.....

Aku..
InsyaALLAH adalah seorang yang beruntung dengan apa yg ku miliki...
Walaupun semua ini perit dan derita...
Namun semua ini adalah subjek2 dalan universiti kehidupanku...
Ku bersyukur kerana aku masih punya harapan untuk menjadi insan bahagia...
Biarlah seribu satu kesusahan melanda jiwaku..
Biarlah aku keseorangan dalam memimpin jiwaku...
Biarlah di saat orang lain bergelak ketawa sedangkan aku terbeban dgn jiwaku ini...
Akan ku teguhkan pendirian ku di atas di landasan yang benar...
Kerna ku yakin akan janjiNya...
Ku pasti akan ku dapat janjiNya...

Suatu hari nanti pasti ku temui kedamaian...
Pasti ku temui jawapan kepada sebuah pencarian ini....

Ya ALLAH pimpinlah hambaMu ini...

Humyrah
7 Ramadhan 09

Friday, August 21, 2009

Ramadhan

Salam Ramadhan...
Salam Kejayaan buat semua..

Ramadhan kali ini..
Ku harapkan kejayaan..
Tidak mahu kuulangi lagi kesilapan lalu..

Ya Tuhan..
Bantulah aku untuk menjadikan Ramadhan ini...
Sebagai saat manis bersamaMu...
Jika Ramadhan ini aku terlalu sibuk..
Bukakan ruang untukku bersamaMu..
Biarlah kesibukan itu tidak menganggu pencarianku..

Ya Tuhan..
Kudambakan kasihMu..
Kurintihkan keampunanMu..
Kurindukan saat bersamaMu..

Semoga..
Harapanku...
Di penghujung Ramadhan ini..
Kutemui apa yang kucari..
Biarpun kelazatannya..
Hanyalah sezarah cuma..

Salam Ramadhan Al-Mubarak...

Sunday, August 9, 2009

Al-Fatihah

Al-Fatihah buat teman sepermainan sewaktu kecilku yang telah kembali kerahmatullah petang kemarin.

Saya rasa sedih sangat tak sempat menziarahi dia sewaktu dia koma. Dah beberapa bulan tak jumpa dia walaupun rumah dekat. Mungkin sebab kami masing2 membawa haluan hidup sendiri.

Mak memaklumkan pada saya, kakak meninggal pukul 2 kemarin. Dia telah koma selama 3 hari selepas apendix dia pecah.

Sedih rasanya. Minggu lepas saya balik kampung, mak menceritakan tentang dia. Menangis saya rasa. Waktu itu saya rasa kematian betul2 dekat dengan saya. Saya terkejut, kerana tidak sangka shahnaz akan koma. Air mata menitis kerana saya terlalu simpati padanya. Dia masih muda...

Masih tergiang-giang kenangan sewaktu kecil berkawan dengannya. Bermain, bergurau senda, bergaduh, pi kutip duit raya sama-sama. Bila menjengah alam menengah masing2 membawa haluan sendiri. Kami tidak lagi bersama. Tp kami still kawan. Hanya waktu raya kami saling berziarah.

Walaupun sejak alam menengah kami x bersama, namun pemergiannya menghadap Illahi sangat meruntun hati saya. Saya terbayang-bayangkan wajahnya, senyumannya dan dirinya sendiri.

ALLAH lebih menyayangi dia. Semoga dia ditempatkan di tempat terbaik di sana. Hanya doa dan harapan mampu saya berikan..

wsalam...

humyrah
10/8/09
11.35

Friday, August 7, 2009

Kematian..


" Virus H1N1 telah menyebabkan ramai kematian"
" Mangsa terbaru seorang lelaki yg berumur 40-an"
"Kakak dah koma... apendik dia pecah..sekarang di ICU..doktor suruh bacakan yassin"

Ya ALLAH..
Bila mana ajal datang...
Saat malaikat mencabut nyawa..
Menyempurnakan tugasnya..
Lantas tiada apa yang dapat dilakukan lagi..
Tiada peluang untuk diri sendiri..
Memohon kemaafan dari TuhanMu dan hambaMu yang lain..
Yang hanya terzahir hanyalah sekujur tubuh kaku..
Mata tertutup rapat..
Tiada detik bunyi nadi lagi..
Segala-galanya tentang dunia telah tamat..
Tiada peluang kedua..
Yang bernyawa hanyalah jiwa dan roh..
Menunggu untuk bertemu denganMu..
Bertuahla jika menjadi ahli syurga...
Merugilah jika menjadi ahli neraka...
Sejak akhir-akhir ini..
Setiap kali ku mendengar berita, cerita, perkhabaran tentang kematian....
Hatiku takut..
Jiwaku sedih...
Seolah-olah ajalku tidak jauh dariku...
Seolah-olah sentiasa mengekori ku setiap detik...
Ya ALLAH....
Aku kenal siapa aku...
Aku tahu siapa diriku...
Lantas haruskah aku bergembira biarpun jika kutahu ajalku hanya sedetik dariku.?
Aku takut..aku risau..
Aku risau dengan keadaan diriku..
Aku tak layak untuk syurgaMu..
Namun aku tak sangup untuk ke nerakaMu...
Ya ALLAH...
Jangan kau tamatkan kehidupanku...
Sebelum sempatku bersusah payah untuk Kau...
Sebelum aku mengecapi manisnya saat bersamaMu...
Sebelum aku benar-benar berjaya sebagai seorang hambaMu...
Ya ALLAH...
Andai telah tertulis segala-galanya untukku..
Ku pasrah...
Ku terima..
Ku redha...
Namun ya ALLAH..
Selagimana nafasku belum terhenti...
Tunjukilah aku...
Bimbinglah aku untuk meniti jalan hidup ini...
Jangan Kau tinggalkan aku keseorangan dalam kehidupan ini...
Ketahuilah aku sentiasa perlukan Kau...
Aku rindukan segala-galanya...
Terima kasih atas semua ini ya ALLAH...
Humyrah
7/8/09
10.27pm

Tuesday, August 4, 2009

Kesedihanku....


Ya Tuhan..
Ramdhan makin hampir..
Bagaimana harus ku hadapi Ramadhan dalam keadaan begini..
Keadaan yang tidak bersedia..
Ku takut, ku risau..
Aku ingin yang terbaik ya Tuhan..
Hari ini.. minggu ini..
Genapla setahun kegagalan yang akui lalui...
Kegagalan yang menjanjikan keperitan kepahitan dan penuh dgn kehinaan...
Namun ku bersyukur dengan ujian yg menjadikan aku gagal..
Aku tersenyum di saat mengingati detik2 airmataku menitis setiap hari..
Namun ku malu dengan kegagalan yg menjadikan diriku lebih hina..
Semua ini masih segar diingatanku...
Oh Tuhan Kau mengetahui segala-galanya..
Kegagalan lalu semakin jauh meninggalkan ku...
Tetapi masa depan semakin hampir..
Pada diriku tiada kebaikan..
Tiada perubahan yang sepatutnya..
Maafkan aku..

Ketahuilah ya Tuhan..
Jika dulu saat aku diuji dengan kegagalan..
Perasaan padaMu langsung tiada..
Aku hilang arah hidup ya Tuhan..
Namun kini setelah setahun berlalu..
Perasaan rinduku padaMu semakin bercambah..
Gembiranya ya Tuhan...

Namun aku masih tercari-cari arah..
Aku masih tercari-cari jalan untuk rapat denganMu..
Aku sunyi...aku sunyi..
Namun sampai detik ini ku gagal..
Aku stress..
Aku perlukan Kau..
Aku perlukan cinta manusia..
Tapi aku lebih dan lebih dan lebih perlukan Kau Tapi aku gagal dalam mencoraknya..

Ramadhan makin hampir..
Pelbagai pengalaman tahunan telah ku lalui..
Bukan hanya lapar dan dahaga..
Namun pernah kulalui Ramadhan dengan penuh rasa gembira...
Pernah ku laluinya dengan kehinaan..
Pernah kulalui dengan usaha terbaik namun sia-sia..
Pernah ku lalui dengan kesibukan..
Bagaimana dengan puasa tahun ini..?
Aku tidak bersedia..
Aku takut..
Mampukah aku melakukan terbaik dan berkualiti..?

Doaku dan harapan,
Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun lepas..
Semoga Ramadhan kali ini membuahkan ketaatan dan kecintaan kepadaMu..
Bimbinglah aku...
Maafkan aku..
Dengarlah suara hatiku..
Fahamilah aku..
Aku perlukan kau...~
Jangan biarkan aku rasa keseorangan tanpaMu..
Jangan biarkan aku rasa tidak bertuhan..

Sunday, August 2, 2009

"If Allah helps you, then no one can overcome you; so put your trust in Allah"
(Al-Quraan Surah Al-Imran, Ayat 160).

Wednesday, July 29, 2009

"Everyone will be held accountable for his actions, and none bears the burden of another person's actions "
(Al-Quraan, Surah An'aam Ayat 164)

Teknik 2-4-8


Just for sharing..

Beberapa minggu lepas saya ada mengikuti workshop 'Kenali Potensi Diri' oleh dr Azizan. Ini merupakan kali kedua saya mengikuti workshop dr Azizan. Workshop kali ini banyak berkisar tentang mengenali diri sendiri mahupun orang lain melalui tarikh lahir. Selain itu juga, beliau turut mengajar teknik-teknik untuk memprogramkan minda kita. Di samping itu dia turut menyentuh tentang tenaga yang ada di dalam diri dan sekeliling kita. Ataupun lebih tepat lagi berkaitan dengan 'Law of Attraction'. Sangat menarik, cuma ada certain part yang bertentang dengan prinsip yang saya pegang, so ignore sajalah..

Apa yg saya nak kongsi harini..?

Saya amat suka motivasi, tapi kelemahan saya ialah saya banyak mencari teori dan memahami tapi amat malas sekali mempraktikan. Namun begitu, kemarin sewaktu kali pertama public speaking, saya amat takut untuk melakukannya. Pelbagai konflik terpaksa saya hadapi. Cari punya cari jalan untuk bertenang akhirnya saya teringat formula pernafasan yg dipelajari dalam workshop dr azizan iaitu pernafasan 2-4-8.

2- Tarik

4- Tahan

8- Hembus...

Alhamdulillah ini kali pertama saya cuba teknik pernafasan ini. Ia memberi kesan yang nyata buat diri saya. Betapa nikmatnya saya rasa walaupun tak banyak perubahan yang berlaku. Sgt tenang walaupun sgt gemuruh.

Satu lagi, sewaktu saya cuba teknik ini, saya setkan dalam minda, saya tarik tenaga positif dan tahan and lastly saya hembus semua negatif dalam diri... cuba lah bagi yang ingin mencuba.

ataupun boleh refer sini kaedah kawalan minda

Impian saya sekarang nak sangat pi ESQ training. Ni impian saya sejak form 5 lagi. Tapi masalah kewangan sangat menghalang buat masa ini. Namun saya yakin pelaburan ini takkan sia-sia. Saya perlukan semua itu untuk jiwa...untuk success!! InsyaALLAH peluang untuk saya pasti ada InsyaALLAH.

Thursday, July 23, 2009

Kecewa



Duhai kawan...
Terima kasih kerna menegurku..
Ku hargai duhai kawan..
Ku bersyukur duhai kawan...
Walaupun kau hanya sekadar 'kawan'
Bukan 'teman'...
Bukan 'sahabat'...
Semua itu tidak penting...
Ku hargai kebaikan yg kau inginkan...

TETAPI....
Duhai kawan...

Kenapa teguran itu tidak kau sampaikan terus padaku...
Kenapa mesti marahmu kau sampaikan melalui sahabatku..
Ku geram, ku kecewa...
Kau tegurku untuk kebaikan...
Tapi kau tidak sampaikan kejujuran terus padaku...
Jika kau di pihak yang benar...
Jangan kau takut utk berhadapan denganku..
Jangan takut akan apa2 respon dariku...
Memberi teguran terus padaku..
Kenapa kau takut...?
Kenapa kau mesti merahsiakan siapa kau dari ku..?
Tuluskah kau dalam memberi teguran..?

Kau telah bersikap tidak jujur padaku..
Kau telah menafikan hak aku untuk menerima teguran kau..
Siapa kau duhai kawan..?
Ku kecewa dengan sikapmu..
Kau lebih rela merahsiakan identiti mu dalam melakukan kebaikan...
Kau mahu yang terbaik..
Tapi kau tidak sanggup mempertaruhkan dirimu berhadapan dengan sikap manusia..Adakah kau gentar duhai kawan..?
Kau gentar andai aku bertemu denganmu..
Mempersoalkan teguran itu..
Lantas aku membencimu...kawan...

Duhai teman..
Kau telah merumitkan teguran yang sepatutnya mudah..
Kau memang tidak mengenali diriku..
Aku terbuka menerima kritikan dan teguran..
Itu salah satu makanan utk jiwaku duhai kawan..
Tapi aku benci ketidak kejujuran..
Aku benci kepura-puraan...
Aku benci ketidaktulusan...
Aku benci...
Aku benci...
Ya ALLAH...wahai kawan..
Bagaimana harus aku ungkapkan..?

Duhai kawan...
Kau telah mencalarkan sebuah perhubungan...
Maafkan aku duhai kawan..
Aku tidak boleh menerima caramu...
Andai benar kau pernah mengenali diriku..
Kau takkan sembunyikan identiti dirimu...
Kau takkan menafikan hak aku sebagai orang yang di tegur..
Ku punya ego duhai teman..
Kau telah menyentuh ego, menghentam egoku...
Apakah perasaan mu wahai kawan..?

Duhai kawan...
Tahukah cara mu ini langsung tidak menghormatiku sebagai seorang yg pernah kau kenali..?Jangan buat aku begini..
Aku punya hak untuk diberi penjelasan oleh mu sendiri...
Aku kecewa..
Aku rasa amat kecewa...
Aku amat hargai teguran itu..
Tapi aku amat kecewa dengan caramu..
Bagaimana harus rawat rasa kecewa ini..?
Haruskah aku lempar jauh-jauh...
Cukuplah setakat ini duhai teman..
Cukuplah aku melahirkan rasa kekecewaan ku tentang cara teguranmu..
Aku tak mampu lagi utk berkata-kata..
Semoga apa yg berlaku menjadi pengajaran buat kita..
Maafkan aku duhai teman..

Pesananku...
Buat diri ku...buat kau jua...buat semua..
Hiduplah dalam kejujuran..
Hiduplah dalam ketulusan..
Jadilah dirimu sendiri..
Agar jika orang menyukaimu adalah kerana kita adalah kerana siapa kita...

Humyrah
24/07/09
7.30am

Wednesday, July 22, 2009

Semester baru...

Bismillahirrahmanirrahim...

Hampir seminggu saya tak update blog ni...busy skit lah bila dah mula start sem 2...pastu hostel lak tak de wireless...
ermmm nak tulis apa ya...actually minggu ni minggu zero, so kami tak de class...tapi ada beberapa subjek yg lecterur mulakan kelas awal...antaranya drawing dan typography...

sem ni saya kena ambik 4 core kos dan 3 subject biasa...antaranya:
-Typhography
-Drawing 2
-Photography
-History of art

dan

-Malaysian subject
-English
-Bahasa Arab...

huh saya rasa sem 2 lagi berat dari sem 1...
banyak kena baca fakta..
presentation..
public speaking...
creativity...
kena blajar lukis human figure...aduss harap dapat buat yg terbaik...

dalam minggu ni saja mcm2 berlaku, espicially kawan2 yg terpaksa hadapi masalah yang pendaftaran yg sepatutnya selesai awal sem 1 lagi...semua ni gara-gara pihak yang tak bertanggungjawab, yang tak amanah dalam kerja dan ada phd dalam hati mereka..

doa buat teman2 yang terpilih utk menghadapi masalah ini, semoga diaorg tabah dan cemerlang..
buat pihak tersebut, semoga sedar dan kembali memegang amanah yg sepatutnya mereka tunaikan...

emmm saya betul2 tak tahu nak tulis apa....cukup setakat ini.....miinda tak boleh mengeluarkan idea utk berkata2 lantaran saya ada keja kena buat sekarang....

last skali ini antara wall digital painting artwork dan scuplture , final projek saya dan kawan...sekarang dah tampal kat dinding...kampus nampak ceria dan cantik sekarang ni....student pun sekarang dah hampir 300 lebih...happy viewing :)

wall painting group saya - mentor cik nik

Lain-lain group










Thanks utk semua lecterur2 dan kawan2 yg terlibat dalam menyiapkan final project ini :)
humyrah
23/7/09
3.55pm